Tuesday, 27 March 2012

0Komen

Lukisan Ortografik


   Definisi Lukisan Ortografik  

Terdapat 2 ujuran di dalam lukisan ortografik.
Sila klik link di bawah ini bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan unjuran tersebut .  




      
Unjuran Sukuan Ketiga 


 
Video 1
    
 

Video 3








0Komen

Tutorial

    
Lukisan Ortografik
 
Lukisan Isometrik
      
Lukisan Oblik
0Komen

Lukisan Isometrik


Pengenalan Lukisan Isometrik
Teknik Melukis Isometrik

Teknik Melukis Bulatan Dalam Isometrik


 
 

 

0Komen

About Us







Kami ialah Miss 4s

Siti Saudah Bt Ngarbi
Shahidah Bt Ismail
Suriati Bt Mohmad Yunus
Siti Nurulhuda Bt Rosli

Semester 4
Pendidikan Teknologi Maklumat (AT 20)
Penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tujuan kami membina blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi segala ilmu yang telah kami pelajari di dalam subjek REKABENTUK BERKOMPUTER.
Kami berharap agar blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana . 

Wassalam.

Sunday, 25 March 2012

0Komen

Jenis Garisan

Ini adalah jenis-jenis garisan :

1.  Garisan benda
Ø  Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garis objek atau benda.

2.  Garisan lakaran
Ø  Garisan yang halus dan ia digunakan untuk asas membina objek.

3.  Garisan tersembunyi
Ø  Merupakan garisan pendek-pendek
Ø  Digunakan untuk menunjukkan garisan objek yang tidak kelihatan.

4.  Garisan tengah
Ø  Garisan yang diputuskan oleh titik-titik
Ø  Digunakan untuk menunjukkan bahagian tengah objek.











0Komen

Cara Melukis Unjuran Sudut Ketiga

Cara melukis unjuran ortografik tidak mempunyai ketetapan yang khusus. Lukisan yang dilukis mestilah tepat.  Cara melukis unjuran ortografik secara bersistem adalah seperti berikut.
               
             Langkah 1:

  •           Terlebih dahulu, arah pandangan hadapan, sisi dan pelan ditentukan.
  •            Arah pandangan hadapan mesti diambil mengikut arah yang mempunyai ukuran paling panjang dan mendatar. Dimana pandangan tersebut dapat menunjukkan garisan yang nyata pada bahagian hadapan objek.





Langkah 2:
  •  Tentukan pandangan dan bilangan pandangan yang hendak dilukis.


Langkah 3 :

  •  Tentukan kedudukan yang hendak dilukis. Lukisan yang dibina mestilah berdasarkan ukuran yang paling besar dalam suatu sudut pandangan.

Langkah 4 :

  •   Lukisan pandangan akan di tanda dengan ukuran asas setiap arah pandangan. Masa dapat dijimatkan dengan kaedah pemindahan ukuran menggunakan jangka lukis, sesiku sudut dan sesiku T.

Langkah 5:

  •   Garisan halus digunakan untul melukisa bahagian asas setiap pandangan.

Langkah 6:

  •   Setiap lukisan pandangan akan ditandakan dengan ukuran termasuklaj pusat bulatan, lengkokk dan bahagian bersudut.

Langkah 7 :

  • Lenkuk dan bulatan akan dilukis terlebih dahulu supaya mudah untuk mengukur jejari setiap bulatan .

Langkah 8 :

  • Ketebalan dan kehitaman garisan objek dilukis mengikut tugasnya. Garisan tersembunyi, pemotongan dan keratin merupakan garisan tambahan yang perlu ada dalam lukisan.

Langkah 9:

  • Dimensi akan ditunjukkan dalam lukisan . Ukuran  objek mestilah sama dengan ukuran dimensi setiap sudut pandangan.






0Komen

Alatan Lukisan

Dalam menyiapkan lukisan, beberapa alatan lukisan diperlukan untuk menyiapkan lukisan tersebut. Antaranya ialah :

1.   Pensil 
- Menggunakan pensil kayu
- Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut.
- Pensil yang sesuai digunakan ialah 2H, HB, 2B.
- Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam.




2.   Kertas lukisan
   Digunakan untuk melukis lukisan perspektif, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik.



3.   Papan Lukisan
-Papan ini biasanya digunakan untuk meletakkan kertas lukisan
-Biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut
-Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan    menggunakan klip.
  

4.   Sesiku T
- Digunakan untuk membina garis lurus mendatar
- Digunakan sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong dengan set sesiku.




5.  Pemadam
-  Digunakan untuk memadam kesalahan yang berlaku.
- Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.







0Komen

Peraturan Melukis Yang Perlu Anda Patuhi

a) Ketepatan

- Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat.
~ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensil @ sepertimana yang telah ditentukan.
- Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.

b) Teknik melukis

- Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan.
~ teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.
- Jika tidak dilukis mengikut teknik yang betul akan menyebabkan lukisan :-
   a) tidak bermutu
   b) susah difahami 
   c) mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.

c) Kebersihan lukisan

- Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang        dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati  semasa membuat lukisan. 
- Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.

d) Masa menyiapkan lukisan
  
 - Masa menyiapkan sebaiknya dengan secepat mungkin.
 - Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna anda telah memulakan latihan 
   dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.