Saturday 5 May 2012

0Komen

Apa Itu Lukisan Isometrik ?

Di dalam sesi kali ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang teknik lukisan yang kedua, iaitu lukisan isometrik.

Apa itu Lukisan Isometrik ?

Lukisan isometrik ialah satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek di dalam bentuk lukisan.

Isometrik berbeza dengan ortografik kerana ia menunjukkan sesuatu lukisan di dalam bentuk 3 dimensi(3D), manakala ortografik pula menunjukkan lukisan dalam bentuk 2 dimensi (2D) sahaja.

Kaedah Asas Lukisan Isometrik

Cara untuk melukis isometrik ini adalah dengan membuat  3 sudut :

(1) Paksi A mestilah bersudut tepat dengan paksi mendatar.
(2) Paksi B dan Paksi C adalah bersudut 30° dengan paksi mendatar

Langkah 1 - lukiskan satu garisan mendatar

Langkah 2 - lukis  garisan bersudut tepat di atas garisan mendatar tersebut. 
                   Garisan tersebut mestilah bersudut 90°


Langkah 3 - lukiskan paksi B dan C dengan sudut 30° di atas paksi mendatar.





0 comments:

Post a Comment