Friday 11 May 2012

1Komen

Teknik Melukis Bulatan Dalam Isometrik

Berjumpa kita sekali lagi. Bagaimana pembelajaran yang lepas? Harapnya semua boleh mencuba apa yang telah diajar dalam pembelajaran yang lepas. 
Kali ini kita akan belajar 

" Teknik Melukis Bulatan Dalam Isometrik "

Mari kita mulakan ye...
Mula-mula kita akan lukiskan bongkah isometri bagi unjuran ortografik dibawah.


Sebagai langkah pertama, kita akan lukiskan kotak isometri asas berpandukan ukuran pada unjuran ortografik. Kita boleh lihat pada rajah dibawah.


Kemudian cari titik tengah A,B,C dan D pada setiap sisi dimana bulatan akan dilukis. Bina garisan AC dan BD.


Seterusnya kita akan bina garisan dari penjuru E ke titik tengah D dan C, serta dari penjuru F ke titik tengah A dan B.



Selepas semuanya ditandakan,kita akan membina lengkuk dengan menyambung titik A ke titik B dimana F sebagai pusat. Titik E pula akan dijadikan pusat untuk menyambung titik D ke titik C.



Seterusnya, kita akan tentukan titik G dan juga titik H. Titik G akan jadi pusat bagi lengkuk AD dan H pula sebagai pusat untuk lenguk BC.



Selepas semua lengkuk siap dibina, kita akan unjurkan kesemua titik-titik lengkuk kebawah kotak bersesuaian dengan ketinggian objek yang dikehendaki.



Dengan berpusatkan titik F',E',G' dan H' bina lengkuk AB,DC,AD dan CB.



Langkah terakhir, gariskan pada penghujung sisi bulatan dan lakukan kemasan dengan tebalkan garisan objek.



Sekian sahaja untuk kali ini, nanti kita jumpa lagi pada pembelajaran seterusnya.


1 comment: