Saturday 12 May 2012

0Komen

Cara Melukis Isometrik Menggunakan Kaedah Koordinat


Hari kami akan mengajar anda semua cara melukis isometrik menggunakan kaedah seterusnya iaitu kaedah koordinat. Pembelajaran yang lepas, kita telah belajar bagaimana melukis isometrik menggunakan kaedah kotak dan kaedah rangka. Mari kita mulakan sesi pembelajaran kita pada kali ini.

Kita akan mulakan dengan melukis pandangan hadapan .



Kita akan tandakan beberapa titik yang sesuai di sepanjang lengkung seperti titik a,b,c,d dan e yang ditunjukkan dalam rajah.

Seterusnya kita akan melukis garisan tegak dan garisan mendatar melalui titik-titik tersebut untuk menentukan koordinatnya.


Kita akan melukis pula kotak isometri dengan menggunakan koordinat yang diperolehi dan tandakan kedudukan titik a,b,c,d, e.


Kita akan melukis satu lengkung halus melalui titik-titik yang diperoleh seperti dalam rajah.

Seterusnya, kita akan lukiskan garisan selari oo', aa',bb',cc',dd' dan ee'. Panjang garisan ini bersamaan dengan ukuran tebal objek. Garisan mestilah selari dengan paksi condong. Lengkung halus melalui titik o',a',b',c',d' dan e' perlu dilukis bagi mendapatkan profil permukaan belakang.

Akhir sekali, hitamkan garisan objek untuk melengkapkan lukisan isometrik.

 Selamat mencuba semua.:D



0 comments:

Post a Comment