Saturday 24 March 2012

0Komen

Unjuran Ortografik


Apa Itu Ortografik??

©      Ortografik merupakan satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan.

     Tujuan   

Untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan  sisi.

©     Terdapat 2 jenis ortografik :-

               1) Pandangan Unjuran Sudut Pertama
               2) Pandangan  Unjuran Sudut Ketiga 

     Terdapat 3 arah pandangan  :-

1)  Pandangan pelan (atas) 
2)  Pandangan hadapan (depan) 
3)  Pandangan sisi (samping)



    i.Pandangan pelan 

  •      Menunjukkan bahagian atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna bahawa pandangan di bawah tidak terpilih. 

  •      Pandangan pelan yang dipilih masih mengutamakan arah pandangan yang boleh menunjukkan bentuk-bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan yang terselindung. Selalunya, arah pandangan yang akan dipilih ialah arah dari pandangan ini.

  •      Ini kerana pandangan ini menunjukkan mengenai ukuran panjang dan lebar sesuatu objek.

    ii.        Pandangan hadapan
  
  •      Arah pandangan ini dipilih melalui arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhan sesebuah objek dimana sesuai dengan kedudukan objek itu.

  •      Pemilihan arah ini juga mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian objek secara terus bukan terselindung atau dalam kata lain bahagian yang paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan terselindung.

  iii.        Pandangan sisi

  •      Arah pandangan ini selalunya dipilih  berdasarkan dimensi lebar dan tinggi objek itu.

  •      Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung kepada arah mana yang dapat menentukan bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan terselindung.








0 comments:

Post a Comment