a) Ketepatan
- Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat.
~ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensil @ sepertimana yang telah ditentukan.
- Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
b) Teknik melukis
- Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan.
~ teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.
- Jika tidak dilukis mengikut teknik yang betul akan menyebabkan lukisan :-
a) tidak bermutu
b) susah difahami
c) mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.
a) tidak bermutu
b) susah difahami
c) mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.
c) Kebersihan lukisan
- Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan.
- Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.
d) Masa menyiapkan lukisan
dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
- Masa menyiapkan sebaiknya dengan secepat mungkin.
- Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna anda telah memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
0 comments:
Post a Comment