Sunday 25 March 2012

0Komen

Alatan Lukisan

Dalam menyiapkan lukisan, beberapa alatan lukisan diperlukan untuk menyiapkan lukisan tersebut. Antaranya ialah :

1.   Pensil 
- Menggunakan pensil kayu
- Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut.
- Pensil yang sesuai digunakan ialah 2H, HB, 2B.
- Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam.




2.   Kertas lukisan
   Digunakan untuk melukis lukisan perspektif, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik.



3.   Papan Lukisan
-Papan ini biasanya digunakan untuk meletakkan kertas lukisan
-Biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut
-Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan    menggunakan klip.
  

4.   Sesiku T
- Digunakan untuk membina garis lurus mendatar
- Digunakan sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong dengan set sesiku.




5.  Pemadam
-  Digunakan untuk memadam kesalahan yang berlaku.
- Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.







0 comments:

Post a Comment