Friday 11 May 2012

0Komen

Apa Itu Unjuran Sudut Pertama ?


Pada kali ini,  mari kita kenali apa itu sudut unjuran pertama.  

Apa Itu Unjuran Sudut Pertama ?

"pandangan hadapan  haruslah berada di sebelah atas dan ianya selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas pula, pandangan ini haruslah berada di bawah kedudukan pandangan hadapan tersebut"

JENIS ALATAN

-----> Di sini kami akan memperkenalkan kepada rakan-rakan di luar sana mengenai alatan yang perlu anda gunakan untuk menghasilkan lukisan unjuran sudut pertama.

-----> Bagi mengetahui alatan-alatan yang kami gunakan, 
SILA KLIK LINK DI BAWAH.


http://letslearnwithmiss4s.blogspot.com/2012/03/home.html <<=== KLIK DISINI


Bagaimana cara untuk melukis LUKISAN UNJURAN SUDUT PERTAMA ?

Teknik-teknik melukis Unjuran Sudut Pertama :

i) Pilih arah pandangan yang sesuai.

ii) Lukis paksi unjuran terlebih dahulu.
    ------->  tentukan pula kedudukan pandangan yang 
                 akan dilukis.

iii) Lukiskan pula pandangan objek hadapan. 
      ------> Pandangan objek ini haruslah dilukiskan  
                 terlebih dahulu bagi memudahkan kita 
                 memahaminya.

iv) Unjurkan garisan kelebaran objek ke ruangan 
     pandangan pelan dan lengkapkan objek tersebut.
     -----> objek ini haruslah mengikut saiz yang ditetapkan
              dan tidak boleh diubah.

v) Kemudian, unjurkan panjang objek dari ruangan 
    pandangan hadapan ke ruangan pandangan
    sisi dan kelebaran objek dari ruangan pelan ke   
    pandangan sisi.

vi) Akhir sekali, lengkapkan lukisan sekiranya terdapat 
     garisan tersembunyi dan garisan objek
     ini haruslah ditebalkan.



Siaplah sudah lukisan bagi unjuran sudut pertama ini. Adakah kawan-kawan disana berpuas hati dengan lukisan anda??? 

SELAMAT MENCUBANYA...  :)




0 comments:

Post a Comment