Saturday 5 May 2012

0Komen

Apa Itu Lukisan Oblik ?

Baiklah kawan-kawan sekalian, sebelum ini kita telah belajar 2 teknik lukisan iaitu lukisan ortografik dan lukisan isometrik. Pada kali ini, kami akan menerangkan pula tentang lukisan oblik. Kami berharap agar kawan-kawan di luar sana dapat belajar dan memahami apa yang ingin kami sampaikan.



Apa itu Lukisan Oblik ?

Lukisan Oblik dikenali sebagai unjuran serong
Kaedah yang digunakan untuk mempamerkan objek secara bergambar dalam 3 dimensi. Lukisan ini mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan 2 permukaan yang condong berdasarkan sudut kecondongan objek.


Jenis lukisan oblik

Terdapat 3 jenis lukisan oblik iaitu :
  • Oblik kavalier (ukuran sebenar)
    Ketiga-tiga paksi menggunakan skala yang sama. sudut yang biasa digunakan adalah 30, 45, dan 60 darjah.






  • Oblik Kabinet (setengah dari ukuran sebenar) 
Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan  mengufuk sahaja. ukuran pada paksi surut adalah separuh dari skala penuh.





  • Oblik Am (3/4 dari ukuran sebenar)
    Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja. Ukuran pada aplikasi surut adalah tiga perempat dari skala penuh.










Ciri-ciri Lukisan Oblik
  1. Sudut kedalaman paksi surut pada 30, 45 atau 60 darjah.
  2. Satu dari permukaannya selari dengan satah besudut tegak.
  3. Sesuai untuk objek yang pendek dan ketepatan bahagian unjuran tidak berkadaran.
  4. objek diputarkan pada sudut tertentu.

Kelebihan Lukisan Oblik
  1. Mudah dilukis berbanding isometri
  2. Menggunakan satu sudut sahaja (30, 45 atau 60 darjah)
  3. Bulatan boleh dielakkan dari dilukis sacara elips.

Kelemahan Lukisan Oblik
  1. Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan terutamanya objek yang panjang
  2. Tidak sesuaiuntuk objek yang panjang seperti rel.
  3. Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pendek.
  4. Sudut unjuran kecil, bahagian unjuran menjadi panjang.










0 comments:

Post a Comment