-----> Sebelum ini, kami telah mengajar anda semua
bagaimana melukis isometri menggunakan kaedah
kotak.
----->Hari ni, kita akan tingkatkan lagi kemahiran melukis
isometri dalam lukisan kejuruteraan.
----->Kaedah hari ini adalah kaedah binaan rangka.
Kita akan mulakan dengan melukis pandangan atas bagi piramid
Seterusnya kita akan melukis segi empat tepat CDEF seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.
Selepas, tentukan penjuru tapak piramid dengan menandakan A, B, dan C. Dah siap tanda? Kalau dah siap, bolehlah kita lukiskan tapak tersebut.
Langkah seterusnya, kita akan tandakan kedudukan P' dan dirikan garisan tegak PP' seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.
Sampailah kita ke langkah terakhir, iaitu kemasan. Hitamkan garisan objek untuk melengkapkan lukisan isometri.
0 comments:
Post a Comment