Friday, 11 May 2012

0Komen

Cara Melukis Isometrik Menggunakan Kaedah Kotak


Apa khabar semua?
Hari ni kita akan belajar perkara baru dalam lukisan kejuruteraan iaitu lukisan isometrik. Tapi pada kali ini kami akan menggunakan kaedah yang nampak sedikit praktikal iaitu menggunakan kaedah kotak. Jom, sama-sama kita belajar.

"CARA MELUKIS ISOMETRIK MENGGUNAKAN KAEDAH KOTAK"

Langkah 1
Lukis pandangan ortografik pada bahagian objek yang mengandungi garisan bukan isometrik untuk menentukan ukuran. 
Rujuk rajah dibawah.


Langkah 2
Lukis kotak isometri mengikut ukuran keseluruhan objek dan kedudukannya sebagaimana yang ditetapkan oleh arah pandangan.


Langkah 3
Lukis garisan af mengikut jarak yang sesuai dari garisan cd.Tentukan kedudukan titik b dan e di sepanjang garisan af dengan menggunakan jarak x.

Anda boleh lihat pada rajah bagaimana untuk menyambung bc dan ed.


Langkah 4
Selepas semua titik ditandakan seperti rajah diatas, kita akan lukiskan garisan tegak dan garisan selari seperti rajah dibawah.

Langkah 5
Akhir sekali kita akan hitamkan garisan objek untuk melengkapkan lukisan isometri.


Macam mana pembelajaran kali ni? 
Kami harap anda semua bakal mendapat sedikit sebanyak ilmu dari hasil pengajaran yang kami sediakan. 
Selamat mencuba.


0 comments:

Post a Comment